Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera
  • NASIONAL

Gempa bumi kuat landa Selatan Sumatera

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada 4.00 pagi tadi. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km)  Barat Laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km. 

“Gegaran dirasai di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.

Bagaimanapun, gempa tersebut tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan https://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9. – Bernama

Continue Reading

Previous: Usaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan – Zambry
Next: Mohon kerajaan teliti harga getah – PKPKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.