Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa bumi bermagnitude 6.2 landa Selatan Filipina
  • NASIONAL

Gempa bumi bermagnitude 6.2 landa Selatan Filipina

Utusan Sarawak 2 days ago

PENDUDUK menaiki sebuah kenderaan susulan amaran tsunami selepas gegaran susulan bermagnitud 6.7 melanda Bandar Mati, di wilayah Davao Oriental, pulau selatan Mindanao, pada awal malam 10 Oktober 2025, selepas gempa bumi bermagnitud 7.4 yang berlaku lebih awal. Dua gempa bumi kuat melanda kawasan selatan Filipina pada 10 Oktober, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencetuskan amaran tsunami sebanyak dua kali. Foto AFP

MANILA: Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud awal 6.2 melanda wilayah Surigao del Norte di selatan Filipina pada pagi Jumaat, lapor Xinhua memetik Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina.

Menurut institut itu, gempa bumi yang berlaku pada 7.03 pagi waktu tempatan (2303 GMT) itu berpusat pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 13 km tenggara dari kawasan perbandaran General Luna.

Institut itu berkata gempa bumi tektonik berkenaan dijangka mencetuskan gegaran susulan dan boleh menyebabkan kerosakan besar.

Gegaran turut dirasai di wilayah berjiran di Mindanao dan tengah Filipina. Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: PGA tidak akan kompromi jika anggota terlibat “counter setting” 
Next: Keselamatan pelajar tumpuan minggu pertama perbahasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.