
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 skala Richter telah melanda rantau Kepulauan Samoa pada 7.37 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 14.7° Selatan dan 175.8° Barat dengan kedalaman 302 kilometer (km), kira-kira 714km timur laut Laucala, Fiji.
Menurut penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.– Bernama