
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Kepulauan Dodecanese, Greece pada 7.17 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 59 kilometer (km) itu berlaku kira-kira 227 km Tenggara dari Izmir, Turkiye.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-Bernama