Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi kuat di Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia
  • SEMASA

Gempa bumi kuat di Rusia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Utusan Sarawak 21 hours ago

KUALA LUMPUR:  Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer (km) Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 km.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bermagnitud 8.7 itu berlaku 126 km ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.

Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia.– Bernama

Continue Reading

Previous: Eksklusif: SFC terima 69 permohonan lesen buru buaya
Next: Isu sempadan: Kerajaan persekutuan serius dapatkan pandangan Sarawak, Sabah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.