Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 gegarkan wilayah Lautan Hindi
  • GLOBAL

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.0 gegarkan wilayah Lautan Hindi

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan.

ANKARA: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Rabung Tenggara India pada awal pagi tadi, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Agensi Anadolu (AA).

Gempa bumi pertama bagi 2026 itu berlaku pada pukul 01:53 GMT pada kedalaman cetek iaitu 10 kilometer (6.21 batu), sekali gus mencetuskan aktiviti seismik di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa memandangkan pusat gempa terletak jauh dari kawasan penempatan penduduk.

Rabung Tenggara India merupakan permatang tengah laut yang utama, iaitu banjaran gunung bawah laut yang terbentuk akibat pergerakan plat tektonik yang perlahan-lahan menjauh antara satu sama lain.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kemalangan kereta api berhampiran Machu Picchu, Peru, ragut satu nyawa, 40 cedera
Next: 47 terbunuh, 112 cedera dalam kebakaran bar di Crans-Montana, Switzerland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.