Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi di Jepun serlah keperluan salur maklumat kepada warga asing dengan lebih berkesan
  • GLOBAL

Gempa bumi di Jepun serlah keperluan salur maklumat kepada warga asing dengan lebih berkesan

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR yang diambil pada 9 Disember 2025 menunjukkan telefon pintar seorang tetamu Korea Selatan di sebuah hotel di Hakodate, Hokkaido, yang memaparkan maklumat berkaitan bencana dalam bahasa Korea, yang diterjemahkan daripada bahasa Jepun menggunakan aplikasi. Foto Kyodo

SAPPORO: Gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter yang berlaku di luar pantai timur laut Jepun baru-baru ini menonjolkan keperluan negara itu menyalurkan tip keselamatan dan maklumat pemindahan kepada warga asing dengan lebih berkesan, khususnya ketika Jepun menyaksikan lonjakan kemasukan pelancong, lapor Kyodo News.

Penduduk tempatan dan pelawat asing diarahkan berpindah apabila agensi cuaca mengeluarkan amaran tsunami bagi sebahagian pesisir Pasifik Hokkaido, serta wilayah Aomori dan Iwate.

Pelancong dari Filipina, Jose San Juan menerima amaran gempa melalui telefon pintarnya ketika menginap di sebuah hotel di Sapporo, namun berkata beliau tidak dapat berpindah kerana tidak mengetahui ke mana perlu dituju.

“Maklumat seperti lokasi untuk berpindah tidak disampaikan kepada warga asing dengan segera dan berkesan,” kata Mayumi Sakamoto, profesor di Sekolah Siswazah Ketahanan dan Tadbir Urus Bencana, Universiti Hyogo.

Menurut seorang kakitangan hotel, ramai tetamu di JR Inn Hakodate di Hokkaido terdiri daripada warga asing ketika kawasan itu dilanda gempa bumi.

Hotel berkenaan mengarahkan tetamu dalam bahasa Jepun dan Inggeris supaya berpindah ke tingkat atas bagi mengelakkan tsunami, namun sebahagian tetamu turun ke lobi di tingkat satu akibat kekeliruan.

Di sebuah lagi penginapan di Hakodate, maklumat berkaitan dipaparkan pada papan putih, namun hanya dalam bahasa Jepun.

Seorang tetamu wanita dari Korea Selatan berkata beliau mendapatkan penyelesaian dengan mengambil gambar maklumat itu menggunakan aplikasi yang menjana terjemahan dalam bahasa Korea.

Sakamoto berkata Jepun perlu segera membangunkan sistem bagi menyalurkan maklumat kritikal kepada warga asing secara lancar, termasuk dengan memperkenalkan aplikasi dan laman web pelbagai bahasa kepada pelawat sebaik mereka tiba.

Negara itu menerima 36.87 juta pelawat asing tahun lalu, manakala jumlah itu mencecah 35.54 juta setakat Oktober tahun ini, menurut data Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Thailand, Kemboja setuju henti pertempuran sempadan – Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.