
BEIJING: Gempa bumi dengan magnitud 6.6 melanda berhampiran pantai tengah Chile pada pukul 1334 GMT hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Pusat gempa, dengan kedalaman 10 kilometer, pada mulanya ditentukan berada pada 30.78 darjah latitud selatan dan 71.60 darjah longitud barat.
-Bernama