Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud landa barat laut Jammu dan Kashmir
  • SEMASA

Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud landa barat laut Jammu dan Kashmir

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan.

ISTANBUL/ISLAMABAD: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda bahagian barat laut wilayah Jammu dan Kashmir yang ditadbir India hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GEOFON), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Tambahnya, gegaran itu dirasai di seluruh wilayah berkenaan pada kira-kira jam 0621 GMT.

Pusat Seismologi India turut mengesahkan gempa bumi berukuran 5.7 magnitud itu berlaku di wilayah Ladakh, yang dahulunya sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.

Menurut Tinjauan Geologi AS (USGS), gempa bumi itu melanda kira-kira 50 kilometer (km) di utara-barat laut Barishal, Pakistan.

“Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud turut dirasai di wilayah utara Pakistan, dengan pusat gempa terletak di timur laut Kashmir pada kedalaman 10km, kira-kira 80km dari Gilgit,” menurut Jabatan Meteorologi Pakistan.

Setakat laporan terakhir diterima, tiada sebarang laporan mengenai kerosakan dilaporkan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aduan ke Biro Aduan Awam SUPP pelbagai, mencabar – Milton Foo
Next: Singapura rancang buka pejabat konsulat di Kuching, dijangka mula beroperasi pertengahan tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.