
BEIJING: Gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegar kawasan berhampiran pesisir pantai Tengah Chile pada 1339 GMT hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor agensi berita Xinhua.
Pusat gempa dengan kedalaman 10.0 kilometer itu, pada mulanya dikesan berada pada 28.66 darjah latitud selatan dan 71.74 darjah longitud barat.
-Bernama