
HONG KONG: Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan rantau Papua New Guinea pada 1031 GMT hari ini, lapor Xinhua dengan memetik Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).
Pusat gempa bumi dengan kedalaman 108.8 kilometer itu pada awalnya ditentukan berada pada 5.78 darjah latitud selatan dan 145.50 darjah longitud timur.
-Bernama