Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa berhampiran Kepulauan Tanimbar, tiada amaran tsunami
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa berhampiran Kepulauan Tanimbar, tiada amaran tsunami

Utusan Sarawak 14 hours ago

JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6.4 melanda kawasan berhampiran Kepulauan Tanimbar di wilayah Maluku pada Selasa malam, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, lapor Xinhua.

Gempa bumi itu berlaku pada 9.40 malam waktu tempatan dengan pusat gempa terletak kira-kira 183 kilometer (km) ke barat laut Kepulauan Tanimbar pada kedalaman 185 km, menurut BMKG di laman sesawangnya, yang mengesahkan bahawa gempa itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Gegaran turut dirasai penduduk, khususnya di Saumlaki dalam daerah pentadbiran Kepulauan Tanimbar.

Namun, tiada laporan kerosakan bangunan atau rumah, kata Ketua Unit Kecemasan di Agensi Pengurusan Bencana daerah itu, Michael Steven Narantery, kepada Xinhua melalui telefon.

Beliau menambah bahawa gegaran itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lelaki mengaku bunuh bekas PM Jepun Shinzo Abe
Next: 26 cedera akibat panik selepas gempa bumi landa Turkiye

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.