Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 6.3 landa utara Afghanistan
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 6.3 landa utara Afghanistan

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR FAIL. Seorang lelaki Afghanistan berdiri di atas runtuhan rumah yang rosak selepas kejadian gempa bumi pada bulan September di kampung Mazar Dara, daerah Nurgal, wilayah Kunar, pada 29 Oktober 2025. Foto AFP

Mazar-i-Sharif, Afghanistan: Gempa bumi bermagnitud 6.3 melanda utara Afghanistan awal pagi tadi, dengan pusat gegaran dikesan berhampiran bandar Mazar-i-Sharif, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran yang berlaku pada kedalaman 28 kilometer itu dirasai kuat di beberapa kawasan, termasuk di ibu negara Kabul, kira-kira 420 kilometer dari pusat gempa.

Tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan besar diterima setakat ini. Namun, pihak berkuasa bimbang kesukaran komunikasi dan akses jalan di kawasan pergunungan akan melambatkan penilaian sebenar tahap kerosakan.

Menurut wartawan AFP, ramai penduduk di Mazar-i-Sharif dilihat berlari keluar dari rumah masing-masing kerana bimbang bangunan akan runtuh.

Afghanistan, yang kini di bawah pentadbiran Taliban, telah berdepan beberapa gempa bumi besar sejak 2021. Antara yang terburuk berlaku pada Ogos lalu di bahagian timur negara itu, apabila gempa bermagnitud 6.0 meragut lebih 2,200 nyawa dan memusnahkan perkampungan di lereng gunung.

Gempa bumi besar lain di wilayah Herat pada 2023 dan Nangarhar pada 2022 turut menyebabkan ratusan maut serta ribuan kediaman musnah.

PBB dan agensi bantuan antarabangsa sebelum ini telah memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Afghanistan, akibat kemarau, sekatan ekonomi dan pengusiran berjuta-juta rakyatnya dari Iran dan Pakistan.

Gempa bumi adalah kejadian biasa di Afghanistan, khususnya di sepanjang Banjaran Hindu Kush, lokasi pertemuan plat tektonik Eurasia dan India. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Pendaki Australia meninggal dunia di Gunung Himlung Himal, Nepal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.