
JAKARTA: Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 telah menggegarkan wilayah Papua Tengah, Indonesia, awal pagi tadi, menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa itu berpusat kira-kira 28 kilometer di selatan bandar Nabire, yang terletak di bahagian Indonesia bagi pulau besar Pasifik yang dikongsi bersama Papua New Guinea.
USGS melaporkan gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer, manakala Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mencatatkan magnitud 6.6 pada kedalaman 24 kilometer, serta melaporkan beberapa gegaran susulan berskala kecil.
Indonesia, sebuah negara kepulauan yang luas, sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di atas Lingkaran Api Pasifik, satu zon lengkungan dengan aktiviti seismik tinggi di mana plat-plat tektonik bertembung, merentangi Jepun, Asia Tenggara dan seluruh Lembangan Pasifik. – AFP