Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 6.1 gegarkan Venezuela
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 6.1 gegarkan Venezuela

Utusan Sarawak 4 days ago

BOGOTA, Colombia: Gempa bumi bermagnitud 6.1 menggegarkan beberapa bahagian Venezuela lewat Rabu dan turut dirasai di beberapa bandar di Colombia, menurut Perkhidmatan Geologi Colombia (SGC), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Gegaran itu berpusat di Bandar Mene Grande, Venezuela dan berlaku pada 6.21 petang waktu tempatan (2221 GMT).

Gempa bumi itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk di kedua-dua negara, namun setakat ini, tiada mangsa atau kerosakan harta benda dilaporkan di kawasan terjejas di Venezuela.

Gegaran turut dirasai di beberapa bandar Colombia termasuk Cucuta dan Bucaramanga, serta kawasan pantai Caribbean yang berhampiran dengan pusat gempa seperti La Guajira.

Unit Pengurusan Risiko Bencana Negara Colombia (UNGRD) segera memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada ancaman tsunami.

Pihaknya menjelaskan berdasarkan Direktorat Maritim Am (Dimar), “tiada ancaman tsunami untuk pantai Caribbean Colombia” akibat gempa bumi itu.

Pihak berkuasa di kedua-dua negara sedang memantau situasi bagi menilai sebarang kesan lanjut. SGC turut memaklumkan, negara jiran itu mengalami beberapa pergerakan seismik dalam beberapa jam kebelakangan ini.

Gempa bumi adalah perkara biasa di kawasan sempadan antara Colombia dan Venezuela kerana aktiviti tektonik, terutamanya hasil interaksi antara plat Caribbean dan plat Amerika Selatan.

Gempa  bumi kali  ini antara gempa bumi paling kuat yang dilaporkan setakat tahun ini. – Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Semua 23 pelombong Colombia terperangkap berjaya diselamatkan
Next: Hospital di Bali nafi curi organ selepas mayat dihantar pulang tanpa jantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.