Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegar Greece
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 5.2 gegar Greece

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR hiasan.

ATHENS, Greece: Satu gempa bumi bermagnitud 5.2 telah menggegarkan kawasan luar pesisir pulau Euboea, Greece awal pagi tadi, dan gegarannya turut dirasai dengan kuat di Athens, menurut pihak berkuasa.

Menurut Institut Geodinamik di Balai Cerap Kebangsaan Athens, gempa itu berlaku pada 12.30 tengah malam waktu tempatan (2130 GMT) di kawasan laut, sekitar 45 kilometer timur laut ibu kota Greece.

Pusat gempa terletak empat kilometer dari pusat peranginan tepi laut Nea Styra di barat daya Euboea, pulau kedua terbesar di Greece.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.

Datuk Bandar Marathon yang berdekatan, Stergios Tsirkas, menyifatkan gegaran tersebut sebagai “sangat kuat” dalam satu wawancara bersama saluran televisyen ERT.

Pada Mei lalu, satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 melanda kawasan luar pesisir pulau Crete dan turut dirasai sejauh Mesir serta di Athens.

Sementara itu, pada Januari dan Februari, pulau Santorini di Laut Aegean salah satu destinasi pelancongan utama Greece mengalami aktiviti seismik luar biasa.

Ribuan gegaran ketika itu menyebabkan beberapa ribu penduduk berpindah sementara, namun mereka telah kembali ke kediaman masing-masing sejak itu.

Terletak di atas beberapa garisan sesar di tenggara Mediterranean, Greece kerap dilanda gempa bumi.

Kali terakhir gempa bumi maut berlaku di negara itu adalah pada Oktober 2020 di pulau Samos, Laut Aegean.

Gempa bermagnitud 7.0 itu meragut dua nyawa di Samos dan lebih 100 orang di bandar pelabuhan Izmir, Turkiye. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tentera dikerah reda protes ganas di Nepal, 19 terbunuh
Next: ChoA Crayon pop umum hamil anak kembar selepas pulih kanser serviks

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.