Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 6.6 magnitud landa Filipina
  • GLOBAL

Gempa bumi 6.6 magnitud landa Filipina

Utusan Sarawak 5 years ago

This handout photo received on August 18, 2020 from the Facebook page of Javee Vallecer shows rescuers looking for survivors at the site of a damaged house after a 6.6-magnitude earthquake hit the town of Cataingan in the central Philippine province of Masbate. - At least one person was killed and 43 injured when the earthquake shook the central Philippines on August 18, sending residents fleeing their homes and damaging buildings and roads. (Photo by Handout / Courtesy of Javee Vallecer / AFP) / -----EDITORS NOTE --- RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / Courtesy of Javee Vallecer" - NO MARKETING - NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS - NO ARCHIVES

TRAGIS… Gambar menunjukkan beberapa petugas sedang beroperasi menyelamatkan mangsa dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda bandar Cataingan,semalam. • Foto AFP

MANILA: Sekurang-kurangnya seorang maut dalam gempa berkekuatan 6.6 pada skala Richter yang menggegarkan wilayah Masbate di Filipina pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik polis tempatan.

Dalam buletin yang dikemas kini, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menyatakan, gempa itu berlaku pada 8.03 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 21 km, kira-kira tujuh km tenggara bandar Cataingan di wilayah Masbate.

Kolonel Polis Joriz Cantoria daripada polis wilayah Masbate menyatakan dalam laporan awal bahawa seorang pesara polis mati setelah ditimpa tembok yang runtuh di rumahnya.

Cantoria berkata gegaran turut merosakkan beberapa rumah, jalan dan bangunan, termasuk pelabuhan bandar tepi pantai dan pasar awam.
“Masbate sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat,” tambah Cantoria.

Phivolcs menyemak semula magnitud gempa Masbate kepada 6.6 daripada skala sebelumnya 6.5 pada pagi Selasa.

Institut itu menyatakan puluhan gempa susulan turut dicatatkan. 
Filipina sering mengalami aktiviti sesmik kerana lokasinya di sepanjang “Lingkaran Api” Pasifik.-Bernama

Continue Reading

Previous: Korban di AS melepasi 170,000
Next: Angka kematian Covid-19 kini 778,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.