
HONG KONG: Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 magnitud menggegarkan 17 kilometer di barat Hihifo, Tonga pada 09:28:24 GMT hari ini, menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.
Pusat gempa, dengan kedalaman 116.6km, pada mulanya ditentukan berada pada 15.93 darjah latitud selatan dan 173.96 darjah longitud barat.
-Bernama