
HONG KONG: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegarkan 90 kilometer di tenggara Sarangani, Filipina pada 10:34 GMT hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.
Pusat gempa, dengan kedalaman 99.6 kilometer, pada mulanya ditentukan berada pada latitud 4.89 darjah utara dan longitud 126.10 darjah timur.
-Bernama