Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gempa bumi 5.9 magnitud landa selatan Kazakhstan
  • SEMASA

Gempa bumi 5.9 magnitud landa selatan Kazakhstan

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR hiasan.

ASTANA (Kazakhstan): Rangkaian stesen seismik Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan merekodkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud hari ini, dengan gegaran dirasai di selatan Kazakhstan, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik laporan akhbar tempatan.

Agensi Berita Kazinform yang memetik kementerian berkenaan melaporkan bahawa gempa bumi itu berlaku di wilayah Jambyl dan bandar Shymkent, dengan pusat gempa terletak 465 kilometer ke barat daya Almaty dalam wilayah Kyrgyzstan.

Kementerian itu mengesahkan bahawa setakat ini tiada kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa dilaporkan, sambil menyatakan pihaknya terus memantau keadaan melalui penyelarasan dengan pihak berkuasa berkaitan di rantau berkenaan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi luang masa bersama rakan-rakan lama di Kuala Lumpur
Next: GSF: Semua 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA malam esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.