
BEIJING: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud melanda wilayah Santiago Del Estero di Argentina pada 10.40 pagi GMT hari ini, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ) yang dipetik oleh Xinhua.
Pusat gempa tersebut, dengan kedalaman 602.6 kilometer itu pada mulanya dikesan berada pada latitud 28.32 darjah selatan dan longitud 63.16 darjah barat.
-Bernama