Gempa bumi 5.2 magnitud landa Guangxi di selatan China

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

BEIJING: Gempa bumi 5.2 magnitud melanda Daerah Liunan di Bandar Liuzhou, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan China pada 9.44 malam ini waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada kedudukan 24.37 darjah latitud utara dan 109.26 darjah longitud timur. Gempa itu berlaku pada kedalaman lapan kilometer, menurut laporan yang dikeluarkan oleh CENC.

-Bernama