
PORT MORESBY: Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) merekodkan gempa bumi 4.6 magnitud melanda bahagian barat Papua New Guinea hari ini, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Menurut USGS, aktiviti seismik itu berlaku 66 kilometer (km) dari bandar Lae, pada kedalaman 58.5km.
Papua New Guinea sangat terdedah kepada gempa bumi kerana ia terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, rantau yang terkenal dengan aktiviti seismik dan gunung berapi yang aktif.
-BERNAMA-QNA