
VIENTIANE: Gempa bumi berukuran 3.6 pada skala Richter melanda wilayah Phongsaly di utara Laos pada pagi Jumaat, namun tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Menurut laporan Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos, gempa berlaku di daerah Yord Ou, wilayah Phongsaly, kira-kira 750 kilometer di utara ibu negara Vientiane, pada 9.40 pagi waktu tempatan.
Gempa berpusat pada 21.995 darjah utara dan 101.655 darjah timur, pada kedalaman 10 kilometer, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa tempatan kini sedang memantau aktiviti seismik di kawasan itu dan akan menyediakan maklumat terkini dari semasa ke semasa. – Bernama