
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 berlaku di luar Pantai Barat Sumatera Utara, Indonesia pada 12.56 tengah hari tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer.
“Gegaran dirasai di sekitar negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook.
Bagaimanapun, jabatan itu memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.- Bernama