Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa Bali: Lebih 500 rumah rosak
  • GLOBAL

Gempa Bali: Lebih 500 rumah rosak

Utusan Sarawak 4 years ago
SEBAHAGIAN daripada rumah yang rosak teruk akibat gempa bumi di Bali, Indonesia. • Foto AFP

BALI: Sekurang-kurangnya lebih 500 buah kediaman rosak dengan 269 daripadanya mengalami kemusnahan teruk akibat gempa bumi sederhana berukuran 4.8 skala Richter yang melanda Bali pada Sabtu lalu.

Ketua Pelaksana Badan Pencegahan Bencana Daerah Bali, Made Rentin berkata, data itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan pihak berkuasa sehingga semalam.

Katanya, selain rumah, beberapa tempat ibadat dan 39 infrastruktur awam juga rosak akibat gempa bumi tersebut.

“Terdapat 302 lagi rumah turut mengalami kerosakan, namun tidak serius.

“Antara infrastruktur awam yang rosak termasuk pejabat desa, klinik kesihatan dan sekolah,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Made memberitahu, sebanyak 21 tempat ibadat rosak teruk, termasuk sejumlah candi.

Gempa bumi yang berlaku kira-kira lapan kilometer ke barat laut Karangasem itu menyebabkan tiga orang maut dan 83 yang lain cedera.

Pihak berkuasa tempatan menganggarkan Bali mengalami kerugian hampir satu bilion (RM295,473) akibat gempa tersebut.-AFP

Continue Reading

Previous: Pesakit tiada suntikan vaksin penuhi hospital
Next: Dua negara iktiraf sijil vaksinasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.