Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Gempa bumi dengan kekuatan awal 6.0 magnitud melanda pesisir pantai Wilayah Iwate, timur laut Jepun, hari ini, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Gegaran berlaku pada 10.17 malam waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer, mencatatkan skala 3 pada skala intensiti seismik tujuh mata Jepun di beberapa kawasan di wilayah Aomori, Iwate, Miyagi dan Yamagata, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Pusat gempa terletak di pesisir pantai Sanriku pada latitud 39.4 darjah utara dan longitud 143.2 darjah timur.

Tiada nasihat tsunami dikeluarkan, menurut JMA.

-Bernama

Samarahan catat IPU tertinggi pagi ini

KUCHING: Samarahan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 218, sekali gus berada pada tahap sangat tidak