Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelombang Malaysia Aktif gegar Sarikei!
  • Tengah
  • WILAYAH

Gelombang Malaysia Aktif gegar Sarikei!

Utusan Sarawak 2 days ago
UCAPAN…..Timbalan Residen Sarikei, Badjuri Bidin berucap di HSN 2025 Peringkat Daerah Sarikei. 

SARIKEI: Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat telah mewarnai pekarangan Dewan Suarah Sarikei sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Daerah Sarikei.

Timbalan Residen Sarikei yang juga Pengerusi Sambutan HSN 2025 Peringkat Bahagian Sarikei, Badjuri Bidin, berkata program kali ini menunjukkan sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum dan peringkat usia.

“Sambutan HSN merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Ia bukan sahaja satu sambutan tahunan, malah merupakan satu platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan, serta menyemai semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat,” katanya ketika berucap pada sambutan HSN 2025 Peringkat Daerah Sarikei, hari ini.

Katanya, sambutan HSN Peringkat Bahagian Sarikei pada tahun ini amat menggalakkan.

BADJURI (dua kiri) menyaksikan Pemanca Chan Phan Chan menyerahkan hadiah kepada johan Larian 10KM (Lelaki Terbuka).

“Sebanyak 10 aktiviti sukan telah dirancang melibatkan jumlah pendaftaran penyertaan seramai 33,651 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum di Bahagian Sarikei.

“Jumlah penyertaan ini merangkumi penyertaan program Ikonik, ‘Mass Fit Aerobic’ dan program teras Larian XCRiiM Sarikei yang telah diadakan pada awal pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, sambutan kali ini menjadi bukti komitmen masyarakat Sarikei untuk menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

“Kehadiran ramai peserta hari ini membuktikan bahawa masyarakat kita sedar akan pentingnya aktiviti fizikal demi kesejahteraan jasmani dan rohani.

“Saya juga ingin menggesa semua warga Sarikei agar terus menyokong dan menyertai program-program sukan bukan sahaja hari ini, tetapi secara berterusan demi membina komuniti yang lebih cergas, sihat, dan harmoni,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Larangan telefon: Pendekatan lebih terancang libatkan kerjasama semua pihak
Next: Youth Marketplace platform perkasa kemahiran usahawan muda 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.