Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelombang kedua pembangunan di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Gelombang kedua pembangunan di Bintulu

Utusan Sarawak 1 month ago
KETIBAAN Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Premier Sarawak 2025 di Balai Raya Kampung Assyikirin Fasa 1 @ Surau Darussyakiririn. Foto UKAS

BINTULU: Gelombang kedua pembangunan Bintulu kini dilihat sebagai langkah penting dalam memajukan bandar industri tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pembangunan tersebut bakal membawa Bintulu ke arah menjadi sebuah bandar moden dan pintar, dengan infrastruktur strategik yang diperlukan untuk memastikan pertumbuhannya berterusan.

“Bintulu bukan sahaja sebuah bandar moden, tetapi juga sebuah bandar pintar.

“Sebagai pusat pembangunan industri, Bintulu semakin dikenali kerana tumpuannya kepada tenaga boleh diperbaharui dan industri berasaskan jejak karbon rendah.

“Bintulu adalah satu-satunya kluster industri yang berkembang di dunia yang berteraskan kepada tenaga rendah karbon,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Premier Sarawak 2025 di Balai Raya Kampung Assyikirin Fasa 1 @ Surau Darussyakiririn, hari ini.

BERUCAP… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Premier Sarawak 2025 di Balai Raya Kampung Assyikirin Fasa 1 @ Surau Darussyakiririn. Foto UKAS

Tambah beliau, Bintulu juga telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai kluster industri yang berkembang pesat, dengan pegawai kanan forum tersebut menyatakan bahawa Bintulu adalah salah satu daripada empat kluster industri di dunia yang menggunakan tenaga rendah karbon.

“Pentingnya kerjasama dalam memastikan kejayaan pembangunan Bintulu. Komuniti Bintulu yang farsighted, bekerja rapat, dan boleh menerima idea-idea baru, adalah faktor utama yang membawa kemajuan ini.

“Dunia mengiktiraf kita. Jika dunia mengiktiraf kita, pelaburan akan datang ke seluruh negeri Sarawak, lebih-lebih lagi di kawasan Bintulu, jadi jagalah keperibadian kita, jagalah kru kita, dan jagalah para penumpang kita, supaya kita terus berlayar ke arah destinasi yang telah kita idam-idamkan.

“Kita lahirkan anak kita yang berilmu, termasuklah ilmu yang terkini seperti dalam bidang Keselamatan Siber dan Analitis Siber,” ujarnya.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain pada majlis
Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Premier Sarawak 2025.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi BDA turut menyatakan bahawa majlis Ramah Tamah Aidilfitri tersebut telah menjadi satu budaya tahunan di Bintulu yang berkonsepkan ‘Kolaborasi Bermakna’.

“Hubungan silaturahim antara pemimpin, masyarakat, dan industri tempatan amat penting bagi kemajuan bersama.

“Konsep ini sangat penting dalam mengukuhkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama,” tambah beliau.

Turut hadir, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, Timbalan Pengerusi BDA, Dato Haidar Khan Asghar Khan, Residen Bahagian Bintulu, Datu Nyerak Keti serta tetamu kehormat lain.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pelan Induk Komprehensif gembirakan masyarakat Daerah Subis
Next: PBSMM berperanan mendidik orang awam penggunaan AED

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.