Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gelombang besar landa pantai Carolina Utara, Virginia akibat taufan Erin
  • GLOBAL

Gelombang besar landa pantai Carolina Utara, Virginia akibat taufan Erin

Utusan Sarawak 13 hours ago
PANDANGAN dari udara, sekumpulan peluncur ombak dilihat memanfaatkan peningkatan ketinggian ombak akibat kesan Taufan Erin pada 21 Ogos 2025 di Long Beach, New York. Foto AFP

WASHINGTON: Taufan Erin telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Carolina Utara dan Virginia apabila ia menghampiri daratan utama Amerika Syarikat pada awal semalam.

Gelombang besar melanda Lebuh Raya 12 yang menghubungkan gugusan pulau Outer Banks, menyebabkan sebahagian jalan tidak boleh dilalui, menurut imej yang dikongsi pihak berkuasa tempatan menunjukkan keupayaan ribut besar itu menggegarkan laut walaupun berada ratusan batu dari pusatnya.

Saluran berita tempatan WRAL melaporkan beberapa kerosakan pada bangunan di Pulau Hatteras, khususnya rumah-rumah tepi pantai yang dibina di atas tiang. Pasir yang dihanyutkan ribut turut menutupi jalan dan kawasan parkir.

“Outer Banks sangat terdedah kepada kenaikan paras laut kerana tanahnya perlahan-lahan mendap, manakala paras laut pula terus meningkat akibat perubahan iklim,” kata Profesor Chip Konrad dari Universiti North Carolina, Chapel Hill, kepada AFP.

PANTAI Lido memaklumkan kepada pengunjung bahawa pantai ditutup berikutan peningkatan ketinggian ombak akibat kesan Taufan Erin yang mencetuskan keadaan berbahaya pada 21 Ogos 2025 di Long Beach, New York. Foto AFP

“Walaupun limpahan ribut yang berlaku kini bersama Taufan Erin dianggap sederhana, kesannya tetap boleh menjadi sangat besar,” tambahnya.

Walaupun kawasan Mid-Atlantik menerima impak paling ketara, Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) menasihatkan orang ramai di seluruh Pantai Timur AS supaya mengelak daripada berenang, bagi menghindari risiko terperangkap dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa.

Dalam kemas kini pagi tadi, NHC melaporkan bahawa Taufan Erin kategori 2 membawa angin berkelajuan 105 batu (169 kilometer) sejam dan bergerak perlahan ke arah utara-timur laut.

Ia dijangka semakin lemah apabila bergerak lebih jauh ke tengah laut dalam beberapa hari akan datang.

Musim taufan Atlantik berlangsung dari 1 Jun hingga 30 November, kini memasuki fasa kemuncaknya.

Walaupun musim ini bermula dengan agak tenang, dengan hanya lima ribut dinamakan setakat ini termasuk Erin, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) masih menjangkakan musim yang lebih aktif daripada biasa.

Para saintis menyatakan bahawa perubahan iklim kini memperkuat siklon tropika: lautan yang lebih panas menghasilkan angin yang lebih kuat, atmosfera yang lebih hangat meningkatkan jumlah hujan, dan paras laut yang lebih tinggi memburukkan limpahan ribut.

Terdapat juga bukti walaupun belum konklusif bahawa perubahan iklim boleh menyebabkan taufan berlaku dengan lebih kerap. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bandar Toyoake di Jepun cadang hadkan guna telefon pintar dua jam sehari
Next: Greece hantar pesawat bantu Portugal padam kebakaran hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.