Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gelaran ‘Ratu Camilia’ tertera pada kad undangan istiadat pertabalan Raja Charles
  • GLOBAL

Gelaran ‘Ratu Camilia’ tertera pada kad undangan istiadat pertabalan Raja Charles

Utusan Sarawak 2 years ago

Menurut laporan, selepas istiadat pertabalan itu Permaisuri Camila akan dikenali ‘Ratu Camila’.

LONDON: Gelaran ‘Ratu Camila’ dilaporkan mula digunakan secara rasmi pada kad undangan sempena istiadat pertabalan Raja Britain Raja Charles pada 6 Mei ini.

Kad jemputan yang dicetak menggunakan kertas kitar semula itu dihantar kepada kira-kira 2,000 tetamu untuk istiadat pertabalan yang akan berlangsung di Westminster Abbey di London, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan. 

Menurut laporan, selepas istiadat pertabalan itu Permaisuri Camila akan dikenali ‘Ratu Camila’.  

Pada Februari tahun lalu, mendiang Ratu Elizabeth II pada ulang tahunnya yang ke-70 pemerintahannya bertitah bahawa Duchess of Cornwall Camilla wajar diberikan gelaran Ratu sebaik Raja Charles dinobatkan sebagai Raja.

Menjelang istiadat pertabalan itu gambar rasmi baharu pasangan diraja itu turut dikeluarkan pada Selasa. – Bernama-Anadolu 

Continue Reading

Previous: Persidangan pertama selepas 22 tahun
Next: Trump didakwa atas 34 pertuduhan palsukan rekod perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.