Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WACANA PENGARANG
  • GELARAN ‘MENTERI UTAMA’ WAJAR UNTUK KETUA WILAYAH SARAWAK
  • WACANA PENGARANG

GELARAN ‘MENTERI UTAMA’ WAJAR UNTUK KETUA WILAYAH SARAWAK

Utusan Sarawak 3 years ago

SARANAN Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi dalam kolum mingguannya dalam akhbar ini (lihat halaman 8) keluaran hari ini, dirasakan cukup relevan untuk diambil kira dalam kita merangka padanan istilah ‘Premier’ seperti yang hendak dipindakan dalam Perlembagaan Sarawak.

Dalam kolumnya DATA KATA, Dr. Awang Azman,  yang merupakan felo penyelidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyarankan agar gelaran padanan bagi ‘Premier’ menggunakan istilah bahasa Melayu ‘Menteri Utama’ atau ‘Menteri Perdana’ diguna pakai.

Beliau menghujahkan saranan itu berlandaskan Hukum DM (diterangkan dan menerangkan) dapat membezakan penggunaan istilah Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan.

Antara dua gelaran yang beliau cadangkan itu, rasanya dalam konteks wilayah Sarawak, gelaran ‘Menteri Utama’ bersesuaian dengan perjuangan kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berslogankan ‘Sarawak First’ (Sarawak Diutamakan).

Justeru, agak segak bunyinya apabila disebut: Menteri Utama Wilayah Sarawak bagi menggelarkan jawatan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari, serta penggantinya pada masa akan datang.

Pelbagai reaksi dan respons telah disuarakan berkaitan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 yang antara lain bertujuan menamakan semula jawatan Ketua Menteri sebagai ‘Premier’.

Sesungguhnyalah, Sarawak dan Sabah tidak harus dikekalkan dalam senarai antara kesebelasan negeri di Semenanjung Malaysia kerana Sarawak dan Sabah ialah dua wilayah yang turut serta dalam perbincangan dan persetujuan penubuhan Malaysia pada 1963 bersama-sama dengan Kerajaan British, Singapura dan Negara Brunei Darussalam.

Gelaran baharu itu sememangnya merupakan ‘jiwa’ dan ‘roh’ sebenarnya untuk meletakkan Sarawak pada persada yang tepat dalam usahanya untuk menuntut semua  hak sebagai rakan kongsi yang sama rata dalam pembentukan Malaysia.

Continue Reading

Previous: SIAPAKAH PANDORA?
Next: KONEKTIVITI DARAT MALAYSIA-BRUNEI DIPERHALUSI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.