Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelanggang Slingshot Kampung Melango bakal dinaik taraf
  • Selatan
  • WILAYAH

Gelanggang Slingshot Kampung Melango bakal dinaik taraf

Utusan Sarawak 14 hours ago
Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka pada lawatan tapak penyediaan Dokumen Senarai Kuantiti (BQ) Projek Mesra Rakyat Parlimen P205 Saratok, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Projek naik taraf Gelanggang Slingshot Kampung Melango bakal dilaksanakan bagi memastikan kemudahan sukan tradisi itu terus selamat, selesa dan relevan digunakan oleh komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek tersebut melibatkan kerja-kerja naik taraf prasarana serta pembinaan kemudahan asas seperti tandas awam di kawasan gelanggang, di bawah seliaan Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO).

Menurut beliau, usaha itu merupakan antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kualiti infrastruktur tempatan, khususnya dalam aspek akses dan keselamatan pengguna gelanggang.

“Projek ini bertujuan menambah baik kemudahan asas serta memastikan Gelanggang Slingshot Kampung Melango terus menjadi tumpuan aktiviti sukan rakyat,” katanya.

Bagi tujuan penyediaan Dokumen Senarai Kuantiti (BQ) di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen P205 Saratok, lawatan tapak telah dijalankan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi, yang mewakili ADUN Kalaka.

Inisiatif tersebut turut disertai oleh Penolong Jurutera PPN Sarawak Zon Sri Aman, Shamhimi Jotem, dan wakil daripada Pejabat Daerah Saratok.

Mohamad Duri menegaskan, prasarana sukan di kawasan luar bandar seperti Saratok bukan sahaja penting untuk pembangunan fizikal, tetapi juga memainkan peranan besar dalam mengeratkan perpaduan komuniti melalui aktiviti riadah dan pertandingan sukan tradisional.

“Kerajaan akan terus komited memastikan kemudahan seperti ini mendapat perhatian sewajarnya agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Mohamad Duri menambah, projek naik taraf Gelanggang Slingshot di Kampung Melango ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap pembangunan sukan rakyat, di samping menyokong usaha memelihara warisan permainan tradisional yang menjadi identiti komuniti tempatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM laksana pemantauan berterusan kawasan berisiko banjir di Roban
Next: Dua bantuan UNIFOR bernilai RM374,700 diluluskan untuk DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.