Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gelanggang kaca baharu lonjak Sarawak sebagai hab skuasy serantau
  • TEMPATAN

Gelanggang kaca baharu lonjak Sarawak sebagai hab skuasy serantau

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITEMUI MEDIA…Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Alu-aluan Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 2026 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab sukan skuasy serantau menerusi pembinaan gelanggang kaca dwi-fungsi bertaraf dunia bernilai RM8 juta sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA tahun depan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, kemudahan baharu itu akan dilengkapi sistem penyiaran televisyen berkualiti tinggi serta mampu menampung kira-kira 800 penonton pada satu-satu masa.

Menurut beliau, kerja-kerja pembinaan fizikal gelanggang berkenaan dijangka bermula sejurus tamat Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 2026 yang berlangsung di Pusat Squash Sarawak, Petra Jaya bermula esok hingga 21 Jun ini.

KENANGAN…Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Alu-aluan Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 2026 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Norman B

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Alu-aluan Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 2026 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sarawak sekali lagi diberi penghormatan sebagai tuan rumah kejohanan berprestij tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Skuasy Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Raket Skuasy Malaysia.

Penganjuran kejohanan itu mencerminkan keyakinan berterusan Persekutuan Skuasy Asia terhadap keupayaan Sarawak dan Malaysia dalam mengendalikan pertandingan bertaraf antarabangsa.

KENANGAN…Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu bersama tetamu kehormat yang lain merakam gambar kenangan pada Majlis Makan Malam Alu-aluan Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 2026 di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini. Foto Norman B

Sebanyak sembilan negara mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan iaitu Malaysia, India, Pakistan, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Chinese Taipei dan Hong Kong, melibatkan 90 delegasi terdiri daripada 70 pemain serta 21 pegawai.

Kejohanan itu turut menyaksikan penyertaan 16 pasangan beregu lelaki, 13 pasangan beregu wanita dan 18 pasangan beregu campuran yang dijangka menyajikan saingan sengit sepanjang empat hari pertandingan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: 14 penerima terima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1448H

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.