Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelanggang Gasing Kampung Tanjung Hulu Saratok bakal dinaik taraf
  • Selatan
  • WILAYAH

Gelanggang Gasing Kampung Tanjung Hulu Saratok bakal dinaik taraf

Utusan Sarawak 3 days ago
KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka melakuian lawatan naik taraf Gelanggang Gasing Kenyalang di Kampung Tanjung Hulu Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Gelanggang Gasing Kenyalang di Kampung Tanjung Hulu Saratok bakal menerima sentuhan naik taraf menerusi Projek Mesra Rakyat, sebagai usaha mengangkat semula permainan tradisional dan menyediakan kemudahan yang lebih selesa kepada komuniti setempat.

Lawatan tapak bagi penyediaan Dokumen Senarai Kuantiti (BQ) telah dilakukan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka melakuian lawatan naik taraf Gelanggang Gasing Kenyalang di Kampung Tanjung Hulu Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Antara cadangan utama dalam projek ini termasuk pembinaan kemudahan tandas dan penambahbaikan infrastruktur di sekitar gelanggang bagi memastikan keselesaan pengunjung serta keselamatan pemain gasing.

Menurut Mohamad Duri, projek ini bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga usaha melestarikan warisan budaya dan sukan tradisi yang menjadi identiti masyarakat Sarawak, khususnya di Saratok.

“Kerajaan komited memastikan permainan tradisional seperti gasing terus hidup dan diwarisi generasi muda dengan menyediakan prasarana yang lebih baik,” katanya.

KAUNSELOR Kasdi Pandi yang mewakili ADUN Kalaka melakuian lawatan naik taraf Gelanggang Gasing Kenyalang di Kampung Tanjung Hulu Saratok, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Dengan pelaksanaan projek ini, gelanggang gasing Kampung Tanjung Hulu dijangka menjadi pusat tumpuan aktiviti komuniti dan lokasi penganjuran pertandingan gasing pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh warisan tradisional dalam pembangunan komuniti moden.

Inisiatif ini katanya turut memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap masyarakat luar bandar agar tidak terpinggir dalam arus pembangunan, terutamanya dari segi kemudahan sukan dan rekreasi.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kerjasama JKKK, Tuai Rumah penting sebagai jambatan antara penduduk, kerajaan
Next: Projek RTP dan SADA lonjak pembangunan luar bandar DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.