Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gelanggang futsal berbumbung jadi realiti di Rumah Ikom Senyawan
  • SUKAN

Gelanggang futsal berbumbung jadi realiti di Rumah Ikom Senyawan

Utusan Sarawak 8 hours ago

SARATOK: Penduduk Rumah Ikom Senyawan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka apabila impian untuk memiliki gelanggang futsal berbumbung akhirnya menjadi kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, berkata pembinaan gelanggang tersebut merupakan salah satu projek di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024.

“Gelanggang Futsal Rumah Ikom Senyawan kini berdiri megah sebagai simbol bahawa pembangunan di kawasan luar bandar sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Lebih daripada sekadar kemudahan sukan, projek ini memberi manfaat besar kepada penduduk di Rumah Ikom Senyawan dan rumah panjang berhampiran,” katanya ketika merasmikan gelanggang tersebut di sini, hari ini.

Menurut beliau, kemudahan itu bukan sahaja sesuai untuk aktiviti sukan seperti futsal, sepak takraw dan badminton, malah boleh dimanfaatkan sebagai dewan serbaguna bagi penganjuran pelbagai majlis dan program komuniti kerana ia berbumbung sepenuhnya.

Beliau turut berkongsi bahawa permintaan untuk pembinaan gelanggang itu mula dikemukakan oleh penduduk pada 15 November 2023 semasa lawatannya ke Rumah Ikom Senyawan bersama bekas Pegawai Daerah Saratok, Haron Mahidi.

“Syukur alhamdulillah, pada 3 November 2024 projek ini diluluskan untuk dilaksanakan di bawah RTP, dan pada 17 Julai 2024, tapak projek telah diserahkan kepada kontraktor Bumi Maju Enterprise yang dilantik melalui proses cabutan undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong,” jelas beliau.

Hari ini, satu lagi detik bersejarah tercipta apabila Mohamad Duri menandatangani plak perasmian projek tersebut di hadapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Ikom Senyawan, Biro Wanita, serta penduduk dan tetamu yang hadir.

Sementara itu, Pusat Khidmat ADUN Kalaka juga giat menjalankan lawatan tapak di beberapa kampung, rumah panjang dan sekolah bagi mengenal pasti skop pelaksanaan projek RTP 2025 yang dijadualkan bermula dalam masa terdekat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Presiden Brazil tegaskan tak perlu jurulatih asing termasuk Ancelotti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.