Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelanggang futsal baharu bakal dibina di Rumah Panjang Luna
  • Selatan
  • WILAYAH

Gelanggang futsal baharu bakal dibina di Rumah Panjang Luna

Utusan Sarawak 10 hours ago
Mohamad Duri semasa majlis serah tapak Projek RTP DUN N.38 Kalaka yang turut dihadiri oleh agensi pelaksana projek, JKR Saratok serta agensi berkaitan, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

ROBAN: Penduduk Rumah Panjang Luna di Sungai Nyiar, Roban bakal menikmati kemudahan sukan baharu apabila sebuah gelanggang futsal akan dibina melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata projek tersebut merupakan antara usaha berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memperkasa kemudahan asas dan prasarana sukan untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Penduduk Rumah Panjang Luna tidak lama lagi akan mempunyai gelanggang futsal sendiri apabila siapnya pembinaan gelanggang ini oleh kontraktor yang telah dilantik melalui proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis serah tapak Projek RTP DUN N.38 Kalaka yang turut dihadiri oleh agensi pelaksana projek, Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, wakil Pejabat Residen Bahagian Betong, Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas, Tuai Rumah Luna, serta wakil Pusat Khidmat ADUN N.38 Kalaka, Gapor Ahmad.

Mohamad Duri berkata, pembinaan gelanggang tersebut dijangka memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk Rumah Luna, malah kepada komuniti rumah panjang lain di sekitar Sungai Nyiar seperti Rumah Sait dan Rumah Anta.

“Dengan wujudnya kemudahan ini, masyarakat dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah dan sukan, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh hubungan silaturahim antara penduduk,” ujarnya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek berkenaan, khususnya kepada agensi pelaksana dan pihak Pejabat Residen Betong atas kerjasama padu.

“Syukur Alhamdulillah, melalui Projek RTP ini, saya dapat membantu rakyat menyediakan prasarana sukan dan kemudahan asas yang memberikan keselesaan serta manfaat kepada semua penduduk di kawasan DUN N.38 Kalaka. 

“Terima kasih kepada kerajaan GPS atas sokongan berterusan,” tambah beliau.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Konvoi solidariti 60 motosikal ziarah pusara arwah Zara Qairina di Sipitang
Next: Alexander Nanta terima kunjungan hormat Dr. Hans-Jacob Roald di Kapit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.