Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gelanggang baharu Gereja Kai Nguong dibina dengan kos RM300,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Gelanggang baharu Gereja Kai Nguong dibina dengan kos RM300,000

Utusan Sarawak 5 hours ago
SAKSI… Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan tapak projek RTP. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Projek pembinaan baharu gelanggang berbumbung Gereja Kai Nguong Methodist bernilai RM300,000 akan dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing telah hadir menyaksikan penyerahan tapak projek RTP tersebut kepada pihak kontraktor pada semalam.

Katanya, kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam memastikan kemudahan awam dan rumah ibadat di kawasan Meradong terus diperkasa demi kesejahteraan masyarakat setempat.

“Pelaksanaan projek itu bertujuan menyediakan kemudahan gelanggang berbumbung yang lebih selesa, selamat dan kondusif untuk kegunaan aktiviti keagamaan, sosial serta kemasyarakatan oleh ahli gereja dan penduduk sekitar.

“Ia akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan, bermula dua minggu dari tarikh penyerahan tapak dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 7 Jun 2026,” katanya ketika ditemui media.

Beliau turut mengingatkan pihak kontraktor supaya melaksanakan kerja pembinaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta mematuhi jadual pelaksanaan bagi memastikan projek dapat disiapkan dengan sempurna dan berkualiti.

“Saya berharap agar projek bina baharu gelanggang berbumbung ini dapat memberi manfaat jangka panjang serta menjadi pusat aktiviti yang mengeratkan hubungan dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.

Turut hadir Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarikei, Siti Anastasya Saili; Pemanca Yii Hee Sieng; serta Kapitan Ting Pang Keng.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PraKrismas dan Kesyukuran Pelayanan Gereja Good Shepherd Marudi, meriah
Next: Pemimpin komuniti disarankan kuasai teknologi dan kemahiran digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.