Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • GCC, Malaysia, Indonesia, Turkiye peneraju penerbit hutang EM – Fitch
  • BISNES

GCC, Malaysia, Indonesia, Turkiye peneraju penerbit hutang EM – Fitch

Utusan Sarawak 11 months ago

KUALA LUMPUR: Kalangan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC), Malaysia, Indonesia dan Turkiye semakin ketara sebagai peneraju penerbit hutang pasaran sedang pesat membangun (EM), kata Fitch Ratings.

Agensi penarafan kredit itu berkata dalam tempoh lima bulan pertama 2024, kelompok negara-negara berkenaan telah menyumbang sebanyak 51 peratus daripada semua hutang dalam dolar Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan oleh EM (tidak termasuk China).

“Kami menjangkakan pertumbuhan ini akan berterusan pada 2024-2025, didorong oleh inisiatif-inisiatif kerajaan dalam membangunkan pasaran modal hutang (DCM), mempelbagaikan sumber pembiayaan, membiayai defisit fiskal, projek kerajaan serta hutang yang matang.

“Sukuk yag turut berperanan sebagai mekanisme pembiayaan dan dasar utama, pula menyumbang sebanyak 12.4 peratus daripada semua hutang dalam dolar di EM yang diterbitkan setakat ini pada 2024,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Fitch menekankan bahawa penyertaan GCC, Malaysia, Turkiye dan Indonesia dalam indeks bon global, turut menyokong permintaan bon dolar daripada kalangan pelabur antarabangsa.

Di Malaysia, sukuk merupakan majoriti terbitan DCM domestik pada tahap 60 peratus berbanding masing-masing 56 peratus di Arab Saudi dan 55.3 peratus di Indonesia selain kekal penting di negara lain.

Fitch juga menyifatkan Belanjawan 2024 Malaysia yang menjadi belanjawan ‘pengembangan’ kecil, akan terus memacu pertumbuhan DCM dengan beberapa inisiatif pembangunan dirancang di bawah kerangka Ekonomi MADANI. – Bernama

Continue Reading

Previous: Saham utiliti, kewangan pacu kenaikan Bursa Malaysia pada tengah hari
Next: Trafik penumpang udara lonjak 12.2 peratus pada Mei – MAVCOM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.