Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • GBHM mantapkan komuniti tani Mukah
  • STAIL

GBHM mantapkan komuniti tani Mukah

Utusan Sarawak 5 years ago
GBHM mantapkan komuniti tani Mukah

UNTUK memupukkan semangat kerjasama antara komuniti tani di sini, sebuah kumpulan whatsApp yang diberi nama Generasi Bumi Hijau Mukah (GBHM) telah diwujudkan.

Selain itu, ahli-ahlinya amat berharap   ia akan menjadi  sebagai wadah  untuk memantapkan lagi industri pertanian tempatan.

Kumpulan baru diwujudkan ini telah diasaskan oleh ahli  Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan Mukah(PPK Mukah), Manuchihr Smith, yang lebih dikenali sebagai Manu atau Raja Kelulut Daerah Mukah.

Dengan setakat ini lebih daripada 20 ahli, perkembangan yang positif semenjak ia ditubuhkan mulai kelihatan  dijangka akan menarik lebih ramai lagi untuk menyertai GBHM kerana ia terbuka  kepada semua keluarga tani di kawasan bahagian Ke-10 Sarawak ini,  iaitu Mukah.

Ia telah berjaya mengumpul segenap masyarakat daripada belia hingga ke warga emas termasuk golongan wanita terutama sekali suri rumah semenjak ia ditubuhkan empat bulan yang lalu.

“Saya sebagai ketua Kumpulan GBHM  bersyukur kerana  berjaya mengumpul ahli-ahli pekebun kecil, penternak dan pengusaha pelbagai aktiviti  dalam pertanian dari segenap pelusuk bahagian  Mukah iaitu dari Balingian hingga ke Pulau Bruit. Kita berharap ahli-ahli untuk  berkongsi cerita dan pengalaman dalam aktiviti bercucuk tanam dan sebagainya,” ujarnya.


Mereka mensasarkan penglibatan setiap lapisan masyarakat dan impian untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sumber pendapatan dan sekurang-kurangnya untuk kegunaan  sendiri.

“ Sasaran saya adalah untuk menarik minat para belia, dewasa, dan pesara untuk bercucuk tanam dan apa jua aktiviti pertanian yang mereka ceburi dan seterusnya merealisasikan atau menyahut seruan kerajaan terutama berkisar slogan Pertanian Adalah Satu Perniagaan. Kumpulan ini akan menambahkan ahli-ahlinya  dari masa ke semasa,” tambahnya Manuchihr lagi.

Kumpulan ini juga menyedari bahawa kejayaan seseorang dalam bidang tani ini sama ada pertanian skala kecil-kecilan atau besar-besaran adalah  tertakluk kepada kegigihan pengusahanya.

Justeru mereka berharap perkongsian ilmu dan pengalaman masing-masing boleh memantapkan lagi status dan aspirasi untuk menjadi pertanian itu adalah perniagaan dan seterusnya sebagai punca pendapatan utama keluarga.

 Aktiviti-aktiviti pertanian ahli GBHM ialah ternakan kelulut, ternakan burung walit, ternakan  unggas seperti ayam, burung puyuh, itik penelor & pendaging, termasuk tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan(pelbagai jenis kelapa, pandan,  pisang  berangan, belimbing, rock melon, limau,tembikai, cili dan durian).

Oleh kerana kawasan sebelah sini adalah merupakan kawasan pengeluar rumbia terbesar di dunia, dan semestinya tanaman rumbia adalah antara aktivit ahli-ahli dalam kumpulan Hijau ini.

Antara topik yang sering diperbincangkan oleh ahli-ahli dalam ‘Kumpulan Whatsapp’ ialah masalah pemasaran, cara mengatasi penyakit, dan sebagainya berkaitan dengan bidang pertanian, termasuk pengetahuan dan teknologi terkini.

Untuk memantapkan lagi pengetahuan mereka dalam pertanian, kumpulan ini juga ada menghantarkan ahli-ahlinya untuk menyertai kursus.

Bagi ke arah peningkatan ilmu, kumpulan ini mendapat nasihat yang cukup bermakna oleh pakar-pakar, umpanya, pemenang Peladang Jaya kebangsaan MAHA, Morsidi Ramli.

Dan dalam masa yang sama, GBHM juga berhasrat untuk memohon kerjasama daripada agensi-agensi  kerajaan iaitu Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, PPK dan sebagainya.

Baru-baru ini beberapa ahli GBHM telah menyertai Kursus Fertigasi yang dikatakan mendapat   sambutan yang amat menggalakan daripada penduduk setempat.

Selain daripada menyertai kursus, mereka juga didedahkan dengan pelbagai bantuan kerajaan terutama sekali dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang meluluskan Projek Pertanian Bandar untuk  semua penduduk yang berminat.

Dengan adanya projek ini, kerajaan berharap ia dapat membantu mengurangkan kos sara hidup orang bandar dan pinggir bandar yang terkesan akibat krisis Covid-19.

Projek ini telah  dipecahkan kepada 2 kategori iaitu  Kategori Komuniti(Projek dilaksana di sekitar kediaman secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta) dan Kategori Individu(Projek dilaksanakan secara individu di kawasan kediaman masing – masing).

GBHM adalah merupakan Kumpulan whatsApp yang pertama seumpamanya di kawasan ini  membabitkan komuniti tani.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: ‘Koma’ 52 hari, ibarat mati hidup semula
Next: Teruja kembali ke sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.