Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Gaya hidup sihat: Kurangkan gula, lebihkan aktiviti fizikal
  • KESIHATAN

Gaya hidup sihat: Kurangkan gula, lebihkan aktiviti fizikal

Utusan Sarawak 14 hours ago
BEBAS GULA… Dato Anyi Ngau bersama Pegawai Kesihatan Daerah Marudi Dr Izzaty Hamidi dan Ketua Masyarakat bergambar pada Program Advokasi Perangi Gula. Foto Jiku Jukuong

MARUDI: Masalah penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung dilaporkan semakin meningkat di negara ini, menurut Pegawai Kesihatan Daerah Marudi, Dr Izzaty Hamidi.

Katanya, hasil tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 menunjukkan satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami obesiti atau berat badan berlebihan manakala satu daripada tiga rakyat  Malaysia tidak  aktif secara fizikal.

“Kedua-kedua faktor ini banyak dipengeruhi oleh pengambilan gula berlebihan serta gaya hidup tidak aktif.

“Program Larian Perangai Gula 5 kilometer (km) ini diwujudkan sebagai platform advokasi bagi mengingatkan masyarakat agar lebih cenderung memilih makanan dan minuman yang kurang gula, membaca label maklumat pemakanan dan mengamalkan aktiviti fizikal secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada Program Perangi Gula 5km Parlimen Baram di Dewan Terbuka Surau Kampung Pemindahan Marudi hari ini.

PENGHARGAAN…Dato Anyi Ngau menerima cenderamata disampaikan oleh Dr Izzaty Hamidi. Foto Jiku Jukuong

Program tersebut turut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau di Dewan Terbuka Surau Kampuing Pemindahan Marudi.

Jelasnya, Larian Perangi Gula 5 kilometer ini bukan sahaja sekadar aktiviti riadah, malah aktiviti di reruai ini bertujuan untuk menggesa orang ramai mengambil tahu akan status kesihatan sendiri, meningkatkan kesedaran tentang bahaya pengambilan gula berlebihan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal.

Dalam pada itu, beliau berkata program ini juga secara tidak langsung mengukuhkan kerjasama komuniti dalam usaha mewujudkan Marudi bebas gula.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Larian Perangi Gula di Marudi, tingkatkan kesedaran bahaya pengambilan gula berlebihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.