Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gawai peluang promosi pakaian tradisional, perpaduan kaum di Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Gawai peluang promosi pakaian tradisional, perpaduan kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Dr Penguang Manggil bersama yang lain menyempurnakan Ngiling Tikai sebagai tanda penutupan Gawai 2025.

MARUDI: Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil berkata bahawa perayaan Gawai bukan sekadar tentang menikmati hidangan, tetapi juga merupakan peluang untuk mempromosikan pakaian tradisional masyarakat Dayak, Orang Ulu, Bidayuh dan kaum-kaum lain.

“Inilah Sarawak mempunyai pelbagai kaum dan adat tradisi yang perlu dikekalkan untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa masyakat Sarawak yang berbilang budaya dan latar belakang dapat hidup bersama dengan harmoni, aman dan damai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Kesyukuran Gawai Ngiling Tikai Paroki Good Shepherd Marudi malam tadi.

Majlis tersebut anjuran Jawatankuasa Parish Pastoral Council (PPC) Gereja Good Shepherd diadakan di Dewan Badminton Good Shepherd Marudi dan dianggarkan lebih 300 umat Katolik dan penganut Kristian lain hadir menjayakan majlis tersebut.

Dalam pada itu Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi turut memaklumkan bahawa beliau telah ditugaskan sebagai penyelaras untuk menjaga 55 gereja Roman Catholic seluruh Sarawak selain gereja Anglican, Borneo Evangelical Mission (BEM), Methodist, Seven Day Adventist dan Bahai yang sentiasa dalam hati beliau.

Katanya beliau bersedia membantu keperluan gereja berkenaan jika dimaklumkan dan dijemput ke majlis yang mereka anjurkan.

Penguang yang juga Pengerusi Jawankuasa Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) turut memaklukan bahawa beliau telah menyumbang peruntukan kepada setiap sekolah Mubaligh seluruh Sarawak tidak kurang RM100,000 setiap tahun untuk menjalankan aktiviti dan untuk kegunaan keperluan harian di sekolah masing-masing.

Menurut beliau Sarawak adalah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang telah menubuhkan UNIFOR untuk membantu masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Saya berharap majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa mendatang supaya kita dapat merapatkan lagi siratulrahim antara pelbagai kaum, agama bukan sahaja umat Kristian malah agama-agama lain tidak kira latar belakang untuk menjayakan aktiviti yang dirancangkan.

Sementara itu Pengerusi PPC Gereja Good Shepherd Marudi, Daniel Talip berkata majlis seperti ini diadakan setiap tahun dengan objektif untuk merapatkan hubungan sesama umat dengan masyarakat lain di kawasan Marudi.

Tambahnya walaupun perayaan Gawai diraikan dari segi adat tetapi kita adalah juga penganut Katolik yang bersatu.

Di samping itu katanya majlis ini yang diraikan juga adalah landasan untuk umat Katolik untuk mengumpul dan untuk menjalankan aktiviti gereja pada masa akan datang.

Jelasnya Gereja Good Shepherd telah merancang lebih kurang 15 aktiviti tahun ini dan enam aktiviti telah berjaya dilaksanakan.

Dalam pada itu beliau merakam terima kasih dan penghargaan kepada umat bukan Katolik yang telah memberi sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Turut hadir Rev Father Damaian Lalo, wakil Pegawai daerah Marudi, Vanessa Joseph, Pengerusi Majlis Daerah Marudi, Kaunselor Edward Mendai, Ketua Masyarakat Marudi, Pemanca Randie Bundan dan Tuai-Tuai Rumah.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kebakaran sampah di Skim B Sarikei berjaya dipadam
Next: Penduduk Rumah Digat Kasi bakal miliki rumah panjang baharu menerusi Skim Pinjaman HDC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.