
KUCHING, June 2 -- Gawai festival in Kampung Gumbang, a Bidayuh village near to the Sarawak-West Kalimantan border was held in a moderate scale with strict adherence to the government Standard Operation Procedures (SOP) following total lockdown from June 1-14. The village chief, Atok Derop (right) told Bernama in his whatapp message that accordance to their adat the village were supposed to hold a “Gawai Baruk” or sinonimously called the “Nyebang Baruk” but due to the increasing cases of Covid-19 they have to cancel all the events. “But in order to appease the spirit, the village’s Gawai chief prepared for a small ritual in the presence of few village committee members and the village head as guest to pay respect to their ritual celebrants whom has passed away,” said Atok. A chicken is slaughtered after the ritual is done. This event is called “pusen” in the local terminology. The chicken meat is cooked in bamboo and served to the celebrants and village committee members after the ritual ended at 7 pm last night. -- fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

PENDUDUK di Kampung Gumbang, sebuah penempatan di kawasan sempadan berhampiran Serikin, kira-kira 50km barat daya dari sini, mempunyai cara unik untuk meraikan perayaan Gawai, yang sambutannya terjejas lagi pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19.
Menggelarkan diri mereka B igumbang Bidayuh, mereka adalah satu-satunya komuniti yang meraikan ‘Gawai Nyebang’ atau sambutan tradisi selepas musim menuai dengan menganjurkan upacara ritual untuk menenangkan Kamang, semangat suci mereka.
Sambutan ini juga dinamakan ‘Gawai Baruk’, kata ketua kampung Atok Derop, 60, yang upacara Gawai itu akan diadakan di ‘baruk’ atau rumah istiadat Bidayuh yang pada masa dahulu digunakan sebagai tempat untuk menyimpan tengkorak milik musuh semasa era memburu kepala tetapi sekarang ia berfungsi sebagai tempat komuniti berkumpul.
Sebagai sebuah penempatan yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia,menjadi tradisi bagi mereka semasa perayaan ini untuk
menerima atau melawat penduduk di perkampungan jiran di Kalimantan Barat, Indonesia setiap tahun, tetapi amalan itu terpaksa dilupakan sejak dua tahun lalu.
“Sebenarnya kami merancang untuk menjemput kumpulan kebudayaan Bidayuh dari Desa Umbo di Bengkawan, Kalimantan Barat untuk mengunjungi kami sempena perayaan Gawai tetapi (rancangan itu) terpaksa dibatalkan berikutan pandemik,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Atok berkata dalam ingatannya, penduduk Kampung Gumbang pernah melawat penempatan Desa Senebe pada 2013 dan Desa Tangguh pada 2015,
yang terletak di Kalimantan Barat dan kunjungan sempadan terakhir sempena perayaan Gawai dilakukan pada 2019 manakala rakan mereka membalas lawatan itu secara berselang tahun.
Memandangkan rentas sempadan telah dilarang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, lawatan itu telah dihentikan tetapi ia sama sekali tidak melemahkan semangat penduduk Kampung Gumbang untuk meraikan Gawai Nyebang.
Untuk terus menunaikan kewajipan tradisi mereka untuk perayaan itu sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP, hanya Atok dan ketua upacara kampung Anyan Jikan, bersama beberapa ahli jawatankuasa terlibat dalam upacara tersebut. – Bernama