Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gawai lambang perpaduan, bukan sekadar pesta – Tiong
  • TEMPATAN

Gawai lambang perpaduan, bukan sekadar pesta – Tiong

Utusan Sarawak 23 hours ago
DATO’ Sri Tiong King Sing memukul gong simbolik sambutan Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 anjuran PDP Samalaju dan Jepak di salah sebuah restoran di Bintulu, semalam. Foto: Tarani Lanting

BINTULU: Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato’ Sri Tiong King Sing menggesa rakyat agar terus memelihara keharmonian antara kaum dan agama yang menjadi asas kekuatan serta kemakmuran negara khususnya di Sarawak.

Menurut beliau, kepelbagaian budaya dan agama di Malaysia perlu dihormati bersama agar masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Kita tahu negara kita berbilang kaum dan agama. Dalam majlis sambutan Gawai, kalau ada agama yang tidak membenarkan minum alkohol, jangan minum dan mana yang boleh, silakan minum. 

“Yang penting, kita saling hormat-menghormati dan raikan budaya kita bersama-sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengerami Ngiling Bidai Gawai Dayak 2025 anjuran PDP Samalaju dan Jepak di salah sebuah restoran di sini, semalam.

Ahli Parlimen Bintulu itu menegaskan bahawa sambutan Gawai bukan sekadar pesta, sebaliknya lambang semangat perpaduan dan saling menghormati yang harus dipertahankan oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Kalau kita tidak hargai keharmonian ini, majlis seperti ini tidak akan wujud. 

“Kita menjadi contoh yang baik. Lihat negara lain, hari-hari berperang, rakyat terpaksa lari selamatkan diri tetapi kita di Malaysia terutama Sarawak hidup dalam aman dan damai. Ini kemewahan sebenar kita,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan generasi muda supaya tidak mudah terpengaruh dengan kandungan di media sosial yang boleh memesongkan fikiran dan mencetus perpecahan.

“Anak muda jangan hari-hari terikut TikTok, Facebook dan sebagainya tanpa menilai. Kita mesti tahu menilai. Jangan terlalu percaya semua yang viral,” tegasnya.

Dalam masa sama, Tiong yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengakui terdapat kelewatan dalam beberapa projek pembangunan di kawasan Bintulu, namun menegaskan bahawa pelaksanaan sedang berjalan secara berperingkat.

“Memang ada sedikit terjejas, tapi projek tetap jalan. Saya minta semua sabar. Kalau ada kelemahan, beritahu saya. Saya selalu kongsi nombor telefon. Mana-mana yang boleh diperbaiki, kita perbaiki bersama,” katanya.

Beliau turut menyeru warga PDP agar terus memainkan peranan aktif memperkukuh perpaduan, memperjuangkan isu rakyat serta menyokong dasar pembangunan demi kesejahteraan bersama.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: LPKP lancar laluan Saujana – Muara Tebas
Next: Allan usul dua projek baharu, feri dijangka siap tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.