Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gawai Kitai 2026 tampil warisan budaya Dayak di ibu negara
  • SEMASA

Gawai Kitai 2026 tampil warisan budaya Dayak di ibu negara

Utusan Sarawak 14 hours ago
KETUA Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot merasmikan program Gawai Kitai 2026, hari ini. Program kebudayaan tersebut menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi meraikan warisan, budaya dan tradisi masyarakat Dayak dari Sarawak. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang mengenali lebih dekat keunikan budaya masyarakat Dayak di Sarawak menerusi program Gawai Kitai 2026 yang berlangsung selama dua hari hingga esok di The Square, Publika, Solaris Dutamas di sini.

Program anjuran MOD Solution dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) itu menampilkan persembahan tarian tradisional etnik Sarawak seperti ngajat, tarian buluh dan persembahan sape, selain demonstrasi serta bengkel kebudayaan, pameran warisan, jualan produk tempatan dan persembahan artis kelahiran Sarawak.

Penganjur Gawai Kitai 2026, Michael Oridecth Dures berkata program yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu mempromosikan budaya, seni dan warisan Sarawak kepada masyarakat termasuk pelancong asing.

“Sambutan yang diterima tahun lepas amat menggalakkan dan menjadi pemangkin kepada kami untuk meneruskan usaha mempromosikan budaya, seni dan warisan masyarakat Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program berkenaan hari ini.

DATUK Shaharuddin Abu Sohot melawat reruai selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Gawai Kitai 2026, hari ini. Program kebudayaan itu menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum bagi meraikan warisan, budaya dan tradisi masyarakat Dayak dari Sarawak. Foto: Bernama

Program itu dirasmikan Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Shaharuddin ketika ditemui pemberita berkata meskipun program berkenaan diadakan di ibu negara dan tidak dapat menampilkan sepenuhnya suasana sambutan Gawai Dayak di rumah panjang di Sarawak, ia masih berjaya mengetengahkan pelbagai elemen budaya masyarakat negeri itu.

“Kita amat mengalu-alukan penganjurannya kerana ia mempamerkan keunikan budaya di negara ini kepada pengunjung domestik dan antarabangsa,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengalaman kehakiman bantu perkukuh kredibiliti MMC – Nallini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.