Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gawai DUN Serembu 2025 meriah, serlahkan potensi pelancongan Bau
  • TEMPATAN

Gawai DUN Serembu 2025 meriah, serlahkan potensi pelancongan Bau

Utusan Sarawak 15 hours ago
SIMBOLIK… Dato Henry Harry Jinep dan tetamu kehormat yang lain melakukan simbolik menutuk padi pada Majlis Rumah Terbuka Gawai DUN Serembu 2025 di Dewan Pusat Komuniti dan Kebudayaan Serembu malam ini. Foto: Norman B

BAU: Majlis Rumah Terbuka Gawai Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu 2025 yang diadakan di Dewan Pusat Komuniti dan Kebudayaan Serembu malam ini berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran ratusan penduduk dari kawasan sekitar.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep selaku tetamu kehormat.

Beliau berkata pembangunan pesat di Serembu dan Bau berpotensi menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan yang menarik sama ada kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

“Antara destinasi berpotensi termasuk Tasik Biru dan Serikin. Program seumpama ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk setempat,” katanya.

Tambah beliau, dengan siapnya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Serikin kelak, Bau dijangka berperanan sebagai bandar transit utama yang mampu memperkukuh hubungan perdagangan dan pelancongan serantau serta muncul sebagai pusat ekonomi dan sosial yang baharu.

SEKITAR Majlis Rumah Terbuka Gawai DUN Serembu 2025 di Dewan Pusat Komuniti dan Kebudayaan Serembu malam ini. Foto: Norman B

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata sambutan Gawai kali ini amat istimewa kerana merupakan yang pertama kali diadakan di Dewan Pusat Komuniti dan Kebudayaan Serembu yang baharu siap dibina.

“Dewan ini adalah aset baharu yang mampu menarik kehadiran penduduk dari luar kawasan. Saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program ini,” katanya.

SEKITAR Majlis Rumah Terbuka Gawai DUN Serembu 2025 di Dewan Pusat Komuniti dan Kebudayaan Serembu malam ini. Foto: Norman B

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk tarian tradisional Bidayuh yang memukau hadirin.

Turut diadakan ialah pertandingan Dayung Sangon dan Dari Pogan sebagai usaha memartabatkan budaya serta warisan masyarakat Bidayuh di kawasan Serembu.

Majlis Rumah Terbuka Gawai DUN Serembu 2025 bukan sahaja menjadi platform untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, malah turut mempererat semangat muhibah dan kekitaan dalam kalangan penduduk setempat.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Oil Palms raikan Gawai ‘Kasi Jadi’, warnai kepelbagaian budaya
Next: Kerjasama strategik perkasa sektor perhutanan melalui teknologi kultur tisu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.