Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gawai Dayak platform pamer kekayaan budaya ke persada dunia
  • Selatan
  • WILAYAH

Gawai Dayak platform pamer kekayaan budaya ke persada dunia

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KETIBAAN Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis di Dewan Suarah Sri Aman, malam tadi. -Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Sambutan Gawai Dayak disifatkan sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan dan mempamerkan kekayaan budaya dan tradisi masyarakat Dayak kepada dunia.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata usaha yang gigih harus dilakukan agar budaya serta tradisi lama terus kekal untuk diwarisi generasi baharu.

Sehubungan itu, katanya, program sambutan mesti dilakukan dengan melibatkan seberapa ramai masyarakat, terutamanya mereka yang kurang mendapat pendedahan tentang Gawai Dayak.

“Perayaan Gawai Dayak merupakan peluang ahli keluarga berkumpul dan beramah mesra untuk mengeratkan ikatan persaudaraan setelah berjauhan disebabkan bekerja mencari rezeki.

“Perayaan Hari Gawai juga merupakan identiti kaum Dayak yang kaya dengan adat budaya dan tradisi yang diwarisi turun temurun. Justeru adalah tepat bagi kita mengenakan kostum tradisi masing-masing ketika keramaian menyambut perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Mantar Gawai Peringkat Sri Aman anjuran Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) dan Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Simanggang di Dewan Suarah Sri Aman, malam tadi.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata sambutan Gawai Dayak bukan sekadar perayaan tetapi Iambang keutuhan masyarakat dalam menghargai tuaian, menyatukan keluarga serta mengeratkan hubungan antara komuniti.

Beliau berkata, budaya seperti ngajat, taboh serta miring yang diwarisi turun-temurun merupakan aset yang tak ternilai dalam identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar masyarakat terus mengenakan pakaian tradisional sebagai lambang kebanggaan, lebih-lebih lagi dalam sambutan seperti ini yang menjadi medan penyatuan semua lapisan komuniti.

Kemuncak kepada majlis ini ialah pertandingan ‘Pekit Kumang’ dan ‘Pekit Keling’ yang menyaksikan penyertaan masing-masing sembilan peserta wanita dan sembilan peserta lelaki. 

Bagi kategori Kumang, gelaran utama telah dimenangi oleh Jeema Saperi, yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM4,000, trofi, tiara, selendang, bunga dan sijil penghargaan. Tempat kedua disandang oleh Michelle Lumbi Langgang yang menerima RM3,000 berserta trofi dan cenderahati yang sama.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rovella Elivina Robinson dengan hadiah RM2,000 dan hadiah sampingan.

Dalam kategori Keling pula, peserta Frederick Mansur Musa berjaya meraih gelaran juara dan menerima RM4,000 berserta trofi, selendang, bunga dan sijil manakala tempat kedua menjadi milik Lawrence Anding yang membawa pulang RM3,000, sementara Harrison Jayan Matthew di tempat ketiga menerima RM2,000. 

Dalam pada itu, peserta dari tempat keempat hingga kesembilan dalam kedua-dua kategori turut menerima saguhati sebanyak RM700 dan sijil penghargaan masing-masing.

Pada majlis tersebut Harden turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada SIDS dan RM5,000 kepada SDNU Cawangan Simanggang bagi memperkasakan lagi program-program kebudayaan serta pendidikan persatuan.

Turut hadir Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sri Aman, Mazolizam Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Sri Aman, DSP Neil Baginda serta wakil-wakil Pegawai Daerah dari Pantu, Lingga dan Sri Aman. 

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pra-Gawai penuh adat di Gereja St John
Next: Nilai persahabatan antara kaum, keharmonian sosial perlu dipertahankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.