Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gawai Dayak lambang kesyukuran, perpaduan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Gawai Dayak lambang kesyukuran, perpaduan komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
PRA GAWAI… Tr Dieo (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Teo. Turut diperhatikan oleh Wong (tiga kiri), Udin (empat kiri) serta yang lain.

SIBU: Sambutan Gawai Dayak bukan sekadar perayaan tradisional, tetapi lambang keutuhan masyarakat dalam menghargai hasil tuaian, menyatukan keluarga, serta mengeratkan hubungan dalam komuniti.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, warisan budaya seperti ngajat, taboh dan miring yang diperturunkan dari generasi ke generasi merupakan khazanah tidak ternilai dalam membentuk identiti rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua Tuai Rumah dan pemimpin masyarakat yang menjadi tunjang kepada keharmonian kampung dan rumah panjang.

“Tanpa kepimpinan dan sokongan mereka, sudah tentu masyarakat tidak mampu berkembang dalam suasana aman, bersatu dan makmur,” katanya ketika berucap pada majlis Pra Gawai 2025 anjuran Persatuan Tuai Rumah Sibu (PTRS) di Restoran Zoo Bee, Bukit Aup, hari ini.

Teks ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu dibacakan oleh Pengerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Sibu Jaya yang juga Ahli Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Kaunselor Paul Teo.

Tiong turut menegaskan komitmennya sebagai wakil rakyat dan menteri persekutuan dalam memperjuangkan pembangunan kawasan luar bandar, termasuk penyediaan infrastruktur asas, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan peluang ekonomi yang mampan.

SELAMAT GAWAI….(dari lima kiri) Teo, Wong, Dieo, Udin serta yang lain mengucapkan Selamat Gawai Dayak kepada hadirin yang hadir pada sambutan Pra Gawai Dayak 2025 anjuran PTRS.

“Saya percaya hanya dengan memperkasa akar umbi, kita dapat mengangkat martabat rakyat ke tahap lebih tinggi,” tegasnya.

Sebagai tanda sokongan terhadap PTRS, Ahli Parlimen Bintulu itu mengumumkan geran khas berjumlah RM10,000 di bawah Program Peruntukan Khas (PPK) untuk kegunaan aktiviti tahunan persatuan berkenaan.

Beliau turut menzahirkan harapan agar dana itu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh peranan PTRS dalam pembangunan komuniti.

Presiden PDP itu turut mengucapkan Selamat Gawai Dayak 2025 kepada seluruh masyarakat Dayak.

“Semoga perayaan ini membawa keceriaan, kemakmuran dan mempererat perpaduan antara semua kaum di negeri dan negara tercinta kita,” katanya.

Turut hadir ADUN Bawang Assan yang juga Naib Presiden Kanan PDP, Dato Sri Wong Soon Koh; Temenggong Stanley Geramong; Penghulu Dennis Ansam; Pengerusi PTRS, Tuai Rumah Dieo Kanyan; Pengerusi penganjur, Tuai Rumah Udin Nasat; dan tetamu jemputan lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Jalan Bajau-Kupang giat dilaksanakan
Next: Isu bangunan sendiri jadi tumpuan PITWITS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.