Gawai Dayak erat hubungan pemimpin, rakyat di Sarikei

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii semasa Majlis Ngabang Hari Gawai Dayak 2025 di Sarikei semalam. Foto UKAS

SARIKEI: Majlis Ngabang Hari Gawai Dayak 2025 yang berlangsung meriah di empat buah rumah panjang sekitar kawasan Repok telah menjadi platform penting bagi masyarakat setempat untuk menyampaikan suara serta permintaan mereka secara langsung kepada wakil rakyat.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penduduk rumah panjang atas jemputan dan sambutan mesra yang diberikan sepanjang lawatan tersebut.

“Majlis ini berperanan sebagai wadah mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat dalam suasana penuh kemeriahan sempena sambutan Gawai Dayak,” katanya semasa Majlis Ngabang Hari Gawai Dayak 2025 di Sarikei semalam.

TIMBALAN Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato Sri Huang Tiong Sii semasa Majlis Ngabang Hari Gawai Dayak 2025 di Sarikei semalam. Foto UKAS

Ahli Parlimen Sarikei itu turut menyatakan rasa terharu dengan sokongan berterusan daripada rakyat di kawasan Sarikei.

“Sokongan ini menjadi dorongan untuk saya terus menyuarakan isu dan keperluan rakyat di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Majlis tersebut telah berlangsung di empat rumah panjang iaitu di Rumah Pitre Ambit, Rumah Clement Ak Asuh, Rumah Anthony Suding dan Rumah Mawas Timbu.

UKAS