Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Gawai Dayak diraikan semua kaum, lambang perpaduan – ADUN Kabong
  • SEMASA

Gawai Dayak diraikan semua kaum, lambang perpaduan – ADUN Kabong

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir.

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata Hari Gawai Dayak yang disambut esok, pada 1 Jun setiap tahun harus diraikan sebagai hari perpaduan oleh rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau berkata seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak yang disambut itu tidak hanya diraikan oleh satu kaum tetapi semua kaum setiap tahun.

“Ini adalah komitmen kita untuk menjadikan anak-anak Sarawak  mengenal perlunya memelihara perpaduan yang dipupuk sejak Sarawak membentuk Malaysia.

“Oleh sebab itu, saya dengan bangga sekali mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada yang meraikannya,” katanya dalam satu perutusan sempena Hari Gawai Dayak, hari ini.

Chee Kadir berkata, Gawai Dayak seperti hari-hari perayaan lain, mempunyai hikmah hasil perasaan rakyat negeri ini sendiri yang mahu menjalinkan hubungan rapat antara satu sama lain.

“Semangat ini yang kita mahu tunjuk lebih jelas lagi supaya ia tersebar luas dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sahaja orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu bahkan disebar dalam kalangan anak-anak muda,” ujarnya.

Beliau berkata, rakyat hari ini jelas menunjukkan bagaimana hidup bercampur dalam keadaan aman dan damai telah membawa kemakmuran kepada Sarawak.

Kini, katanya, rakyat Sarawak boleh berasa bangga dan megah kerana negeri ini telah berjaya serta setanding negeri lain di Malaysia.

“Menyatupadukan semua kaum dan dapat bercampur gaul dengan mesra, ini semangat yang kita raikan pada Hari Gawai Dayak ini. Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa, Oooo Haaaa,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Timbalan Premier Sarawak ucap Hari Gawai, komitmen Sarawak maju 2030
Next: Perutusan: Jadikan Hari Gawai landasan kerjasama jayakan agenda pembangunan – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.